iDoLa reMajA

heLLooo🙂
saya nak berkongsi benda yang lebih menarik dengan anda kali ini..hmmm..memandangkan baru- baru nie baru saja diumumkan keputusan STPM dan juga SPM, maka saya ingin berkongsi kisah gembira ini dengan anda. Moga-moga anda semua dapat mengambil sedikit pengajaran ataupun tips berguna daripada insan cemerlang ini. Berita ini adalah sumber daripada Perak Today. selamat membaca ye kawan-kawan🙂

Rahsia Kejayaan Pelajar Cemerlang STPM

BESUT – Seorang daripada pelajar terbaik Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) negeri Terengganu, Siti Aisyah Syahirah Azman dari Sekolah Menengah Agama Maarif di sini sentiasa mengamalkan empat perkara yang beliau anggap telah menentukan kejayaannya.

Anak sulung daripada tiga orang adik beradik ini berkata amalan yang dilakukan secara ikhlas setiap hari itu mempermudahkan beliau belajar dan mengulang kaji pelajaran sehinggalah mencapai kejayaan dalam semua matapelajaran yang diambil.

“Saya selalu amalkan sembahyang sunat dhuha, sembahyang hajat, baca Al-Quran dan berpuasa sunat setiap Isnin dan Khamis,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di sekolahnya selepas menerima keputusan STPM di sini hari ini.

Gadis berusia 19 tahun ini memperolehi ‘A’ dalam Pengajian Am, Usuluddin,Syariah dan Sejarah serta ‘B+’ dalam Bahasa Arab.

Siti Aisyah Syahirah, anak seorang ahli perniagaan dan ibunya seorang guru agama, berkata masanya tidak pernah dibiarkan berlalu dengan kosong tanpa kegiatan yang berfaedah yang sekurang-kurangnya dipenuhi dengan membaca Al-Quran.

Menurutnya beliau telah khatam Al-Quran sebanyak 12 kali sejak berumur 12 tahun dan bercita-cita untuk menyambung pelajarannya di Universiti Malaya dalam bidang pendidikan.

Siti Aisyah Syahirah antara tiga pelajar terbaik negeri Terengganu selain Abdul Rahim Abdullah dari SMKA Durian Guling, Marang dan Rosmalizai Adanan dari SMK Tengku Ibrahim, Setiu.

jom tengok lagi gambar pelajar cemerlang nie. 

bahagia kan?hmmmmm..bertuahnya ibu bapa jika dapat merasai hadiah yang paling berharga daripada anka seperti ini. moga kita juga dapat membahagiakan ibu bapa kita dengan khabar seprti ini…amin.selamat beramal ye🙂

Categories: Uncategorized | Leave a comment

Post navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: