moTiVasi diRi

KATA-KATA MOTIVASI HARI INI.

KEKADANG kita terasa amat longlai sekali. Dalam pada meneruskan kehidupan ini, terasa amat payah benar. Seolah hendak melangkah pun tidak bermaya. Apa lagi untuk mencapai kejayaan yang besar, memang jauh sekali. Kita ni kalau tidak disuntik dengan kata-kata perangsang sesekali, memang bertambah-tambah la malasnya. Hehehe..

Jadi bacalah koleksi kata-kata hikmah ‘motivasi’ di bawah.

Semoga semangat anda pulih seperti sediakala.

Semoga semangat juang anda kembali segar.

Semoga anda mendapat hikmah dan kebaikan daripadanya.

Agar jiwa anda kembali kental.

Agar jiwa anda kembali bersemarak.

Seolah seseorang yang baru sahaja menghabiskan segelas air sejuk selepas dahaga yang amat sangat.

1. 95% kejayaan tergantung pada mindset. Mindset dibentuk dari pembelajaran.

2. Tumbuh itu adalah ciri-ciri makhluk hidup. Berkembang adalah ciri-ciri seorang manusia. Berkembang itu pula dimulai dari belajar.

3. Murid yang mempersiapkan diri dengan senjata informasi akan selalu memenangi pertempuran.

4. Tiada istilah gagal, yang ada hanya kejayaan atau belajar lagi.

5. Satu-satunya yang menghalang kita adalah keyakinan yang salah dan sikap yang negatif.

6. Belajar dari pengalaman adalah guru yang paling baik. Jatuh dua kali pada lubang yang sama adalah suatu kebodohan.

7. Belajarlah berdiri dahulu sebelum cuba untuk berlari.

8. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh dan malas.

9. Belajar ketika letih adalah membuang masa.

10. Kerjakanlah lebih dari bayaran kamu dan kamu akan dibayar lebih dari yang kamu kerjakan.

11. Sulit jadinya bila kamu harus, tetapi mudah jadinya bila kamu ingin.

12. Gunakan akal kamu seolah-olah nyawa kamu bergantung kepadanya.

13. Ciri orang yang beradab ialah dia sangat rajin dan suka belajar, dia tidak malu belajar daripada orang yang berkedudukan lebih rendah darinya.

14. Jika kamu berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut.

Categories: Uncategorized | Leave a comment

Post navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: