Tips Formula Matematik Untuk Mengetahui Kedudukan Halaman Muka Surat Setiap Juzu’

Assalamualaikum…
di sini saya berikan tips untuk mengetahui kedudukan halaman muka surat setiap juzu di dalam al-quran. seperti yang kita tahu, umat islam diseru agar membaca al-Quran. ganjaran pahala yang dijanjikan Allah s.w.t kepada umat-Nya sangatlah besar. jadi, kita sebagai umat Islam hendaklah mengabdikan diri dengan membaca al-Quran dan beribadah kepada-Nya. Kanak-kanak haruslah diberikan pendedahan awal tentang pengajaran al-Quran, agar mereka mempunyai pengetahuan dan juga asas dalam ilmu-ilmu agama.

Image Image

betapa indahnya ilmu Allah, sehinggakan kita dapat menggunakannya untuk memudahkan kita megetahui kedudukan muka surat setiap juzu’ di dalam al-Quran, sebgai contoh, ilmu matematik dapat digunakan.

Di sini saya ingin kongsikan dengan anda semua, tips atau formula matematik untuk memudahkan anda menghafal kedudukan halaman muka surat Al-Quran bagi setiap Juzu’.

Tips ni hanya dapat digunakan untuk Al-Quran Mushaf Uthmani yang standard sahaja tau.

Contoh 1

Jika anda ingin mengetahui Juzu’ 5 di halaman yang ke berapa:

5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8

Letakkan nombor 2 selepas jawapan.

Jadi, juzu’ 5 adalah terletak di halaman 82.

Sekarang lihat di dalam Quran dan anda akan lihat Juzu’ 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?

Image

Contoh 2

Jika anda ingin mengetahui Juzu’ 10 di halaman yang ke berapa:

10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18

Letakkan nombor 2 selepas jawapan.

Jadi, juzu’ 10 adalah pada halaman 182.

Image

Semoga tips ini amat berguna untuk anda semua yer…:)

di sini, saya juga menyelitkan satu video yang menunjukkan seorang kanak-kanak membaca ayat-ayat suci al-Quran dengan baik sekali.sama-samalah kita hayati dan jadikan panduan hidup.

Categories: Uncategorized | Leave a comment

Post navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: