CARA MUDAH MENGAHAFAL SIFIR 6 HINGGA 9

CARA MUDAH MENGAHAFAL SIFIR 6 HINGGA 9

Salam kepada semua..

Dalam subjek matematik sekolah rendah tidak dapat dinafikan terhadap kepentingan sifir dalam menjawab soalan. Bagi menghadapi peperiksaan besar seperti UPSR sudah semestinya kita tidak mahu kehilangan masa yang banyak dalam usaha menulis kesemua urutan sifir.

Apa yang lebih memeranjatkan lagi, ada antara pelajar yang masih ga…gap bila ditujukan sifir. ditanya 4×9, 3 minit kemudian baru datang jawapan 36. ditanya lagi 9×4, memakan masa lagi 2 minit untuk jawapan 36. Jika ini diteruskan dalam ujian nescaya hanya 12 soalan saja yang mampu di jawab bagi kertas 1.

oleh itu, saya ingin berkongsi ilmu tentang teknik mudah bagi mengeluarkan jawapan sifir.. (#perlu diingat hafaz itu lebih efisien).. tapi saya yakin jika dipraktikan kita akan mudah hafaz secara tidak langsung

Taktiknya….

Kaedah ini menggunakan 10 jari kita dan digunakan untukk sifir 6 hingga 9 sahaja. Dengan anggapan 1 hingga 5 adalah sifir yg senang diingat oleh para pelajar (mudah-mudahan).

*Jari kelingking mewakili 6
*Jari manis mewakili 7
*Jari hantu – 8
*Jari telunjuk – 9

Contoh: 7 darab 8= 

cara-cara

1. Cantumkan jari manis tgn kiri dengan jari hantu tgn kanan.

2. Tambahkan jumlah semua jari dari yg bercantum dan ke bawah. Maksudnya jari manis ada 2, ditambah dgn jari kelingking ada 2 dan jari hantu ada 1 menjadi 5 (ini membawa maksud 50).

3. Kemudian jari2 yg tidak bercantum yang berada di atas jari yang bercantum, iaitu tgn kanan ada 2 dan tgn kiri ada 3.Darabkannya, 3×2 menjadi 6.

oleh itu, jwpnnya 56. Boleh cuba dengan darab nombor lain … selamat mencuba

Mudah kan.. ingat.. “hendak seribu daya, tak nak seribu dalih”

Categories: Uncategorized | Leave a comment

Post navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: