Sejarah Matemat…

Sejarah Matematik Dalam Islam


Dalam sejarah matematik, “Matematik Islam” merujuk kepada matematik yang dikembangkan oleh ahli matematik dari budaya Islam dari bermulanya Islam sehingga abad ke-17, kebanyakannya termasuk ahli matematik Arab dan Parsi, dan juga umat Muslim yang lain dan bukan-Muslim yang sebahagian dari kebudayaan Islam. Ahli matematik Islam juga dikenali sebagai ahli matematik Arab oleh kerana berasaskan teks matematik Islam ditulis dalam Bahasa Arab
 
Ahli matematik Islam adalah aspek utama pada sejarah lebih besar sains Islam, dan juga sebahagian penting bagi sejarah 


Sains and matematik Islam yang berkembang di bawah pemerintahan Khalifah Islam (juga dikenali sebagai Empayar Arab atau Empayar Islam ditubuhkan di merata-rata Timur TengahAsia TengahAfrika UtaraSicilySemenanjung Iberia, dan sesetengah bahagian Perancis dan Pakistan (dikenali sebagai India pada waktu itu) pada abad ke-8. Walaupun kebanyakan teks Islam pada matematik dituliskan dalam Bahasa Arab, ia tidak semua ditulis oleh orang Arab, semenjak – seperti taraf Bahasa Yunani di dunia Hellenistik — Bahasa Arab digunakan sebagai Bahasa sarjana bukan Arab di merata-rata dunia Islam pada zaman itu. Banyak ahli matematik Islam adalah orang Parsi.
 
Kajian terkini melukiskan sebuah gambaran baru tentang sistem hutang yang kita harus berterima kasih kepada matematik Islam. Sudah tentu banyak idea yang dahulu dianggapkan sebagai konsep baru yang bijak oleh kerana ahli matematik Eropah pada abad ke-16, ke-17, dan ke-18 sekarang telah diketahui pada perkembangannya oleh ahli matematik Arab/Islam sekitar empat abad yang lebih awal. Dengan hormatnya, pelajaran ahli matematik hari ini lebih serupa dengan gaya matematik Islam daripada matematik Hellenistik.
Categories: Uncategorized | Leave a comment

Keajaiban Nombo…

Keajaiban Nombor-nombor Di Dalam Al Quran
 

 
Subhanallah! Ajaib tetapi benar! Lihatlah sebahagian daripada hasil kajian seorang cendekiawan Islam terhadap kandungan Al-Quran.
Didapati banyak perkara telah disentuh dan telah dibuat kajian oleh manusia seperti nombor, astronomi, angkasalepas, perubatan, geologi, kejuruteraan, minda dan sebagainya.
Bilangan tentang perkara yang disebutkan di dalam Al-Quran:
  • DUNIA – 115 kali
  • AKHIRAT – 115 kali
MALAIKAT – 88 kali
SYAITAN – 88 kali
  • HIDUP – 145 kali
  • MATI – 145 kali
FAEDAH – 50 kali
KERUGIAN – 50 kali
  • UMMAH – 50 kali
  • PENYAMPAI – 50 kali
IBLIS : PENGHULU SYAITAN – 11 kali
MOHON PERLINDUNGAN DARIPADA IBLIS – 11 kali
  • BALA/MUSIBAH – 75 kali
  • BERSYUKUR – 75 kali
BERSEDEKAH – 73 kali
BERPUAS HATI – 73 kali
  • ORANG YANG SESAT – 17 kali
  • ORANG YANG MENINGGAL DUNIA – 17 kali
MUSLIMIN – 41 kali
JIHAD – 41 kali
  • EMAS – 8 kali
  • KEMURAHAN HIDUP – 8 kali
KEAJAIBAN – 60 kali
FITNAH – 60 kali
  • ZAKAT – 32 kali
  • BERKAT – 32 kali
MINDA – 49 kali
NUR – 49 kali
  • LIDAH – 25 kali
  • SUMPAH – 25 kali
NAFSU – 8 kali
KETAKUTAN – 8 kali
  • BERCAKAP DI KHALAYAK RAMAI – 18 kali
  • BERDAKWAH – 18 kali
KESUSAHAN – 114 kali
KESABARAN – 114 kali
  • MUHAMMAD – 4 kali
  • SYARIAT – 4 kali
LELAKI – 24 kali
PEREMPUAN – 24 kali
  • SOLAT (SEMBAHYANG) – 5 kali
BULAN – 12 kali
  • HARI – 365 kali
LAUTAN – 32 kali
DARATAN – 13 kali
LAUT dan DARAT = 32 + 13 = 45
Justeru itu, peratusan laut = 32/45 x 100 = 71.11111111 peratus
Peratusan daratan = 13/45 x 100 = 28.88888889 peratus
JUMLAH = 100 peratus
Kajian sains oleh manusia telah membuktikan bahawa air meliputi 71.111 peratus daripada bumi dan tanah meliputi 28.889 peratus.
Begitulah kebesaran dan keagungan ciptaan Allah SWT!!
Nota: Diterjemahkan daripada karya asal yang dipetik daripada “The Series Of The Scientific Miracles In Quraan,” oleh Dr. Tariq Al Suwaidan.
Sekian, semoga bertambah keyakinan dan keimanan anda kepada Allah dengan pendedahan ini.
Categories: Uncategorized | Leave a comment

CARA MUDAH MENGAHAFAL SIFIR 6 HINGGA 9

CARA MUDAH MENGAHAFAL SIFIR 6 HINGGA 9

Salam kepada semua..

Dalam subjek matematik sekolah rendah tidak dapat dinafikan terhadap kepentingan sifir dalam menjawab soalan. Bagi menghadapi peperiksaan besar seperti UPSR sudah semestinya kita tidak mahu kehilangan masa yang banyak dalam usaha menulis kesemua urutan sifir.

Apa yang lebih memeranjatkan lagi, ada antara pelajar yang masih ga…gap bila ditujukan sifir. ditanya 4×9, 3 minit kemudian baru datang jawapan 36. ditanya lagi 9×4, memakan masa lagi 2 minit untuk jawapan 36. Jika ini diteruskan dalam ujian nescaya hanya 12 soalan saja yang mampu di jawab bagi kertas 1.

oleh itu, saya ingin berkongsi ilmu tentang teknik mudah bagi mengeluarkan jawapan sifir.. (#perlu diingat hafaz itu lebih efisien).. tapi saya yakin jika dipraktikan kita akan mudah hafaz secara tidak langsung

Taktiknya….

Kaedah ini menggunakan 10 jari kita dan digunakan untukk sifir 6 hingga 9 sahaja. Dengan anggapan 1 hingga 5 adalah sifir yg senang diingat oleh para pelajar (mudah-mudahan).

*Jari kelingking mewakili 6
*Jari manis mewakili 7
*Jari hantu – 8
*Jari telunjuk – 9

Contoh: 7 darab 8= 

cara-cara

1. Cantumkan jari manis tgn kiri dengan jari hantu tgn kanan.

2. Tambahkan jumlah semua jari dari yg bercantum dan ke bawah. Maksudnya jari manis ada 2, ditambah dgn jari kelingking ada 2 dan jari hantu ada 1 menjadi 5 (ini membawa maksud 50).

3. Kemudian jari2 yg tidak bercantum yang berada di atas jari yang bercantum, iaitu tgn kanan ada 2 dan tgn kiri ada 3.Darabkannya, 3×2 menjadi 6.

oleh itu, jwpnnya 56. Boleh cuba dengan darab nombor lain … selamat mencuba

Mudah kan.. ingat.. “hendak seribu daya, tak nak seribu dalih”

Categories: Uncategorized | Leave a comment

Tips Formula Matematik Untuk Mengetahui Kedudukan Halaman Muka Surat Setiap Juzu’

Assalamualaikum…
di sini saya berikan tips untuk mengetahui kedudukan halaman muka surat setiap juzu di dalam al-quran. seperti yang kita tahu, umat islam diseru agar membaca al-Quran. ganjaran pahala yang dijanjikan Allah s.w.t kepada umat-Nya sangatlah besar. jadi, kita sebagai umat Islam hendaklah mengabdikan diri dengan membaca al-Quran dan beribadah kepada-Nya. Kanak-kanak haruslah diberikan pendedahan awal tentang pengajaran al-Quran, agar mereka mempunyai pengetahuan dan juga asas dalam ilmu-ilmu agama.

Image Image

betapa indahnya ilmu Allah, sehinggakan kita dapat menggunakannya untuk memudahkan kita megetahui kedudukan muka surat setiap juzu’ di dalam al-Quran, sebgai contoh, ilmu matematik dapat digunakan.

Di sini saya ingin kongsikan dengan anda semua, tips atau formula matematik untuk memudahkan anda menghafal kedudukan halaman muka surat Al-Quran bagi setiap Juzu’.

Tips ni hanya dapat digunakan untuk Al-Quran Mushaf Uthmani yang standard sahaja tau.

Contoh 1

Jika anda ingin mengetahui Juzu’ 5 di halaman yang ke berapa:

5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8

Letakkan nombor 2 selepas jawapan.

Jadi, juzu’ 5 adalah terletak di halaman 82.

Sekarang lihat di dalam Quran dan anda akan lihat Juzu’ 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?

Image

Contoh 2

Jika anda ingin mengetahui Juzu’ 10 di halaman yang ke berapa:

10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18

Letakkan nombor 2 selepas jawapan.

Jadi, juzu’ 10 adalah pada halaman 182.

Image

Semoga tips ini amat berguna untuk anda semua yer…:)

di sini, saya juga menyelitkan satu video yang menunjukkan seorang kanak-kanak membaca ayat-ayat suci al-Quran dengan baik sekali.sama-samalah kita hayati dan jadikan panduan hidup.

Categories: Uncategorized | Leave a comment

Tips Belajar: Cara untuk menghafal dengan berkesan

Salah satu kaedah belajar adalah dengan menghafal. Contohnya menghafal formula Matematik, menghafal perkataan yang menarik dan menghafal fakta-fakta Sejarah. Itu adalah contoh subjek di sekolah. Kalau di peringkat lebih tinggi, contohnya subjek management, marketing ataupun subjek Logistics and material management .

Teknik ini adalah  salah satu cara paling baik untuk mengingati sesuatu. Namun, kebanyakkannya sekadar menghafal tanpa memahami walau satu perkataan sekalipun. Ini sebabnya kita tak boleh jawab dalam periksa nanti. Sebabnya, nanti dah nak exam, menggelabah, cuak, hati tak tenteram nak jawab soalan. Oleh sebab itu, persediaan sangatlah penting.

Apakah tips menghafal dengan berkesan?

Hafal dan faham. Pemahaman sesuatu perkara adalah asas paling penting dalam proses belajar. Tiada gunanya menghafal walau seribu formula jika satu pun tidak faham. Kesan buruknya tidak tahu formula mana perlu digunakan untuk sesuatu masalah [blur lah jawabnya masa exam nanti]. Asas pemahaman boleh dibentuk dalam kelas bersama guru dan juga rakan-rakan yang lebih pintar.

Menghafal dan melakukan apa yang dihafal. Dalam erti kata yang lain melakukan ulangkaji. Contoh paling mudah adalah formula Matematik. Umum mengetahui formula Matematik memang susah diingati tetapi apabila menghafal dan kerap melakukan latih tubi, pasti dengan mudah dapat menguasai formula tersebut. Sebab tuh, orang yang rajin, walaupun otak dia lembab tapi sebab dia gigih, akhirnya dia beroleh kejayaan.

Hafal dan tulis. Untuk mengingati semua perkara mungkin mustahil tetapi untuk membaca semua perkara memang tidak mustahil. Jadi, tulis setiap formula, setiap fakta pada buku. Kemudian baca dan baca setiap masa. Kalau iktukan pengalaman aku, buat nota ringkas dan buat point-point yang penting sahaja. Yang dalam huraian tuh , boleh goreng nanti masa exam. Kena ingat kunci point utama jer. Kalau nak buat nota tuh, kasi cantik-cantik dan berwarna-warni. Baru otak tuh ada feel dan ada mood untuk menghafal, ok!

Menghafal dalam keadaan tenang. Maksudnya dalam minda yang segar tanpa keletihan atau tekanan. Contohnya, selepas bangun tidur waktu pagi, ketika sedang berehat di ruang tamu dan ketika sedang beristirehat di bawah pokok. Menghafal dalam keadaan yang tenang dapat meningkatkan fokus dan juga pemahaman sesuatu perkara. Cuba, kalau kita nak menghafal dalam keadaan yang lapar, fuh tak fokus dibuatnya. Ingat, nasi lemak, kopi O dan mungkin KFC.

Menghafal dan suka perkara yang dihafal. Tak kenal maka tak cinta. Sama juga halnya dengan menghafal. Perlu ada minat dan sifat suka pada perkara yang dihafal barulah tidak cepat berasa bosan. Apabila minat datang, maka lebih mudah perkara yang dihafal diserap ke minda.

selamat beramal. salam sayang 🙂

 

Categories: Uncategorized | Leave a comment

Matematik formula negara maju????

Matematik formula negara maju????

Assalamualaikum….
Ya Allah, betapa indahnya subjek matematik ini. rugilah sekiranya kita tidak menghayatinya bersungguh-sungguh. best kan???…tak sangka pula bahawa math ini menjadi penyumbang kepada negara maju…tiba-tiba saya merasa bangga kerana mengambil bidang matematik…ehhe
apa-apapun, bacalah post ini. agak menarik keratan akhbar di atas. 🙂
selamat membaca ye.

salam. 🙂

Categories: Uncategorized | Leave a comment

iDoLa reMajA

heLLooo 🙂
saya nak berkongsi benda yang lebih menarik dengan anda kali ini..hmmm..memandangkan baru- baru nie baru saja diumumkan keputusan STPM dan juga SPM, maka saya ingin berkongsi kisah gembira ini dengan anda. Moga-moga anda semua dapat mengambil sedikit pengajaran ataupun tips berguna daripada insan cemerlang ini. Berita ini adalah sumber daripada Perak Today. selamat membaca ye kawan-kawan 🙂

Rahsia Kejayaan Pelajar Cemerlang STPM

BESUT – Seorang daripada pelajar terbaik Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) negeri Terengganu, Siti Aisyah Syahirah Azman dari Sekolah Menengah Agama Maarif di sini sentiasa mengamalkan empat perkara yang beliau anggap telah menentukan kejayaannya.

Anak sulung daripada tiga orang adik beradik ini berkata amalan yang dilakukan secara ikhlas setiap hari itu mempermudahkan beliau belajar dan mengulang kaji pelajaran sehinggalah mencapai kejayaan dalam semua matapelajaran yang diambil.

“Saya selalu amalkan sembahyang sunat dhuha, sembahyang hajat, baca Al-Quran dan berpuasa sunat setiap Isnin dan Khamis,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di sekolahnya selepas menerima keputusan STPM di sini hari ini.

Gadis berusia 19 tahun ini memperolehi ‘A’ dalam Pengajian Am, Usuluddin,Syariah dan Sejarah serta ‘B+’ dalam Bahasa Arab.

Siti Aisyah Syahirah, anak seorang ahli perniagaan dan ibunya seorang guru agama, berkata masanya tidak pernah dibiarkan berlalu dengan kosong tanpa kegiatan yang berfaedah yang sekurang-kurangnya dipenuhi dengan membaca Al-Quran.

Menurutnya beliau telah khatam Al-Quran sebanyak 12 kali sejak berumur 12 tahun dan bercita-cita untuk menyambung pelajarannya di Universiti Malaya dalam bidang pendidikan.

Siti Aisyah Syahirah antara tiga pelajar terbaik negeri Terengganu selain Abdul Rahim Abdullah dari SMKA Durian Guling, Marang dan Rosmalizai Adanan dari SMK Tengku Ibrahim, Setiu.

jom tengok lagi gambar pelajar cemerlang nie. 

bahagia kan?hmmmmm..bertuahnya ibu bapa jika dapat merasai hadiah yang paling berharga daripada anka seperti ini. moga kita juga dapat membahagiakan ibu bapa kita dengan khabar seprti ini…amin.selamat beramal ye 🙂

Categories: Uncategorized | Leave a comment

moTiVasi diRi

KATA-KATA MOTIVASI HARI INI.

KEKADANG kita terasa amat longlai sekali. Dalam pada meneruskan kehidupan ini, terasa amat payah benar. Seolah hendak melangkah pun tidak bermaya. Apa lagi untuk mencapai kejayaan yang besar, memang jauh sekali. Kita ni kalau tidak disuntik dengan kata-kata perangsang sesekali, memang bertambah-tambah la malasnya. Hehehe..

Jadi bacalah koleksi kata-kata hikmah ‘motivasi’ di bawah.

Semoga semangat anda pulih seperti sediakala.

Semoga semangat juang anda kembali segar.

Semoga anda mendapat hikmah dan kebaikan daripadanya.

Agar jiwa anda kembali kental.

Agar jiwa anda kembali bersemarak.

Seolah seseorang yang baru sahaja menghabiskan segelas air sejuk selepas dahaga yang amat sangat.

1. 95% kejayaan tergantung pada mindset. Mindset dibentuk dari pembelajaran.

2. Tumbuh itu adalah ciri-ciri makhluk hidup. Berkembang adalah ciri-ciri seorang manusia. Berkembang itu pula dimulai dari belajar.

3. Murid yang mempersiapkan diri dengan senjata informasi akan selalu memenangi pertempuran.

4. Tiada istilah gagal, yang ada hanya kejayaan atau belajar lagi.

5. Satu-satunya yang menghalang kita adalah keyakinan yang salah dan sikap yang negatif.

6. Belajar dari pengalaman adalah guru yang paling baik. Jatuh dua kali pada lubang yang sama adalah suatu kebodohan.

7. Belajarlah berdiri dahulu sebelum cuba untuk berlari.

8. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh dan malas.

9. Belajar ketika letih adalah membuang masa.

10. Kerjakanlah lebih dari bayaran kamu dan kamu akan dibayar lebih dari yang kamu kerjakan.

11. Sulit jadinya bila kamu harus, tetapi mudah jadinya bila kamu ingin.

12. Gunakan akal kamu seolah-olah nyawa kamu bergantung kepadanya.

13. Ciri orang yang beradab ialah dia sangat rajin dan suka belajar, dia tidak malu belajar daripada orang yang berkedudukan lebih rendah darinya.

14. Jika kamu berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut.

Categories: Uncategorized | Leave a comment

Blog at WordPress.com.